Skip to main content

PROGRAM PAUTAN KASIH FAREEDA - 29112013


Assalamualaikum..


Kali ni Saya nak share kisah teruja kami melawat Rumah  Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Wahidayah di Sungai Buloh.  Yang mana rumah perlindungan ini menempatkan mereka yg hidup dengan HIV dan Aids. This program is a charitable initiative by FAREEDA in conjunction with WORLD AIDS Day 2012. 







 Lawatan ini adalah salah satu komitmen FAREEDA dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat dikalangan Muslim entrepreneurs dan yang paling penting tanggungjawab sesama hamba-Nya. Alhamdulillah, Malaysian AIDS Foundation (MAC) yang banyak membantu dalam melancarkan lawatan ni. Thanks to Red Ribbon Celebrities Supporters, Fahrin Ahmad dan Bob Yusof yang hadir dan turut serta dalam menjayakan setiap atur cara yang dijadualkan.  






Program ini juga bertujuan untuk menghapuskan stigma negatif kepada mereka yang dijangkiti HIV dan Aids. Jika sebelum ini, ramai yang memandang serong dengan mereka tetapi jika tahu caranya, pasti itu semua tidak akan menjadikan masalah untuk mendekati mereka. 



Kekok bersama mereka? Tentulah tidak sama sekali! Mujurlah dari zaman persekolahan lagi kita semua sudah didedahkan tentang HIV dan Aids. Tambahan lagi, sebelum bergerak ke rumah perlindungan ini, kami telah diberikan sedikit pendedahan tentang bagaimana ia merebak dan cara untuk menanganinya. Bertawakal kepada Allah swt.






Setibanya kami disana, kami disambut mesra oleh penghuni Rumah Wahidayah yang tidak lokek senyuman. Dari raut wajah, ternyata mereka begitu gembira menerima kunjungan kami. Begitu juga kami, sangat gembira untuk mengenali dan mendekati mereka. Ternyata, program yang dijadualkan untuk mereka berjalan dengan lancar. Pemakaian henna dan hiasan cup cake ternyata mencuri perhatian mereka. Alhamdulillah.. Gembira, terharu, sebak dan teruja bercampur baur bila menatap wajah mereka. Lebih-lebih lagi mereka semua dijangkiti HIV bukan dengan kerelaan hati. Mungkin kurang pendedahan di awal usia menyebabkan mereka tidak peka dengan bahayanya HIV dan Aids.



Setelah majlis selesai, kami saling berpelukan dan ya, sudah tentu perasaan hiba untuk berpisah menyelubungi hati. Masih, hati Saya hiba bila melihat kanak-kanak yang masih belum mengenali apa itu kehidupan, telah dijangkiti HIV dari ibu atau ayah mereka. Sesungguhnya, semua telah ditetapkan oleh ALLAH swt kepada hamba-Nya. Hanya kita sahaja yang menentukan samada untuk redha atau menyalahkan takdir. 






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujibakat Pengacara TV3

Assalamualaikum.
Siapa yang join ujibakat Pengacara TV3 Sabtu 23hb April haritu? Kalau ada kita geng. Hiks. 


Let me share you guys my experience throughout this audition. 
Seminggu sebelum tarikh audition perasaan masih sama. Masih tak gugup. I won't allow myself to get too nervous before any audition or any event. Saya ajar diri saya untuk kekal tenang dan have fun. Sebab saya percaya when fun goes, so too will all of your talents'. Percaya pada Allah swt. 


Berbalik pada hari ujibakat, saya sampai di Sri Pentas jam 7:50 pagi lagi. Awalkan? Excited betul haritu sebab pertama kali datang ujibakat disitu. Masa sampai tu adalah dalam 2, 3 orang yang dah sampai. Terkejut sebab ada lagi yang awal. Salute ! Park kereta di IBM sebab tak boleh masuk dalam Sri Pentas. Lepas tu kena tunggu sebab abang polis kat situ hanya benarkan kami masuk jam 9:00 pagi. Lepak-lepak dulu dekat depan IBM (sebelah Sri Pentas je). Hampir jam 8:30 dah ramai yang datang dan kami semua berkumpul dihadapan kaunt…

Farewell my beautiful sister, Yusser

Assalamualaikum..
Farewell my beautiful sister, Yusser.
Hari Rabu haritu, 21-Sep-2016 ada gathering 'Farewell Dinner' untuk sahabat yang sama-sama belajar masa UPM dulu. Sebenarnya kami bukanlah satu fakulti pun, jauh sangat. Saya di Fakulti Perhutanan manakala Yusser pula di Fakulti Kejuruteraan. Macam mana kami jumpa?
UPM talents.  Ya, disinilah kami berkenalan dan seterusnya terus bersahabat. Jika tak silap, sudah hampir 4 tahun persahabatan ini terjalin. Terima kasih pada brothers and sisters yang berterusan memastikan kami terus berhubung satu sama lain.
But sadly, last 2 weeks saya dapat berita yang Yusser akan meninggalkan Malaysia setelah 10 tahun menimba ilmu di UPM. Dari degree hinggalah PHD dan hey, she's the brightest student di Fakulti Kejuruteraan hokay! Bangga!
Jadi, kami set up kan meeting untuk Yusser. Hanya kami berlima sahaja memandangkan yang lain ada komitmen masing-masing dan tak dapat hadir. Saya pun lambat sampai sebab hari tu ada photoshoot di Fareeda. …

SKYLA Angels : Photoshoot SKYLA Collagen Soap & SKYLA Beauty Dust

Assalamualaikum..
Siapa dekat sini #SkylaLovers yang dah guna dua produk magic ni?
SKYLA COLLAGEN SOAP
SKYLA BEAUTY DUST
Ha kalau belum cepat-cepat pergi page SKYLA Malaysia HQ - Founder tau. 
Ni nak cerita BTS photoshoot untuk dua produk ni. Dah lama tak photoshoot sebenarnya. Kekok dah sampai haa tak tahu nak pose macam mana. Hehe. Nasib baik abg photographer tu steady. Tak lokek ilmu.



Taaddaaaa! Lawa kan gambar ? Cukup puas hati. Memang yang seperti saya nak hasilnya. Makeup pun cun melecun! Triple happy!

Ciksu nak share gambar BTS sahaja untuk post kali ni. Post selepas ini Ciksu cerita kelebihannya ok.

Photoshoot haritu Ciksu dengan colleagues yang pernah kerja sama-sama dulu. Kecik dan comel! Tak caya? Ni ha gambar dia



Photoshoot hari berjalan dengan lancar. Model pun pose ok tak kekok dan semua yang Ciksu nak memang dapat.

BTS







Actually tak banyak pun gambar BTS. Hehe.

SKYLA Angels : @suhailimohamad & @lilahsani
MUA: @khaibaha
Studio: @whitelenstudio

Blessed.