Friday, September 27, 2013

Fashion Show FAREEDA Aisya 15092013


Assalam. Kalau sebelum ni FAREEDA menganjurkan fashion show untuk FAREEDA Khadeeja, kali ni pula FAREEDA Aisya yang diperagakan. Dan jika sebelum ni Saya yang jadi emcee untuk event tu, Alhamdulillah, kali ni pun Saya masih diberi kepercayaan untuk menyampaikan informasi kepada peminat setia FAREEDA. All praises to ALLAH swt. (: 

Thank You ALLAH


Well, inilah katanya lane of fame. Berjalan kat atas stage runway dah rasa ala2 kimora lee tapi muslimah version. aw. Terasa perasan disitu. Haha! Tapi kali ni Saya tak berjalan kucing, Saya jadi emcee untuk event. Nervous tak payah cakaplah sebab ramai sangat fans FAREEDA. Cuma Saya bersyukur sebab Saya yang jenis nervous 2 3hari sebelum event dan masa event tu dah tak rasa apa. I just do it dan berharap tak tersalah infomasi.


Nah, ini lah runwaynya. Betul2 depan fans. Syok sangat okay! 


Memandangkan fans FAREEDA ni ramai sangat yang mendaftar, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk meletakkan khemah dihadapan butik demi keselesaan fans nya. Baguskan? FAREEDA tetap berusaha untuk memastikan kebajikan pelanggan diutamakan. Bukan nak memuji tapi tak ada lagi setakat ni butik tudung yang membuat fashion show setiap kali ada tudung terbaru keluaran mereka. Bangga menjadi sebahagian dari keluarga FAREEDA.

click to read more





Ini adalah antara koleksi-koleksi FAREEDA Aisya yang mana menampilkan koleksi tampalan bunga velvet, brooch dan juga koleksi labuh size L. Ramai yang memuji koleksi kali ni kerana ianya tampil dalam dua versi iaitu 3lapis dan juga gaya selendang. 





Ehh! Ni saya masa tengah bercakap potpet2 tu. Kadang2 ada yang tersasul maklumlah spontaneous katanya. Apa yang penting, Saya push untuk lakukan terbaik. Nasib baik fans FAREEDA ni sangat supportive. Bertepuk tangan dan bersorak riang pabila model2 memperagakan tudung. Love!

Kat bawah ni lak antara model2 yang memperagakan tudung FAREEDA Aisya pada kali ni. Sangat berterima kasih pada mereka yang sangat profesional dalam memikul tanggungjawab. Walaupun masa yang diberikan untuk menukar tudung adalah terhad dan singkat tetapi mereka melakukan yang terbaik dan senantiasa tersenyum. Terbaiklah anda semua!

Model mengikut gambar - Siti Syira, Adila Rosli, Ariesha Adrianne, Nelly Halil dan Ain Iris (nama mengikut FB)







Dan terima kasih diucapkan kepada duta Cik Mawar dan model rasmi Puan Azalia yang banyak membantu dalam melancarkan majlis.







Paling suka dengan CikMawar ialah she's very down to earth orangnya. Walaupun dia penting di FAREEDA tu, tapi dia tak pernah sombong. Sebab tu Saya sangat selesa berkerja dan berurusan dengan FAREEDA. Dah rasa macam family dah. Alhamdulillah. ALLAH swt dah tetapkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Bersyukur sebab dari awal kemunculan pada 2011 hingga sekarang Saya masih disini. Rasa macam baru je sertai Pencarian Model FAREEDA.




Alhamdulillah. Event kali ni berlangsung dengan meriah dan jayanya. Peruntukan masa untuk event tidaklah lama kerana FAREEDA hendak memastikan yang fans memiliki lebih masa untuk memiliki FAREEDA Aisya. 

Terima kasih pada fans FAREEDA yang berterusan menyokong dan membeli tudung FAREEDA yang original. Tidak berbaloi rasanya dengan wang yang dilaburkan untuk membeli tudung tiruan yang kadang kalanya harga hampir menyerupai FAREEDA. Diharap peminat diluar sana tidak tertipu dengan propaganda pihak yang tidak bertanggungjawab dengan meniru rekaan FAREEDA. Lagipun, bagi kami yang memakai FAREEDA, sekali imbas sahaja kami boleh tahu tudung yang dipakai original atau tak. Bukan memperlekehkan mereka yang memakai tudung tiruan, tetapi ingatlah anda juga bersubahat menyokong produk tiruan. Dan memakan harta dari kegiatan yang salah adalah berdosa dan tidakkah anda terfikir membeli barang itu juga sama seperti mereka? Renung2kan lah. 




Oh ya. Event kali ini telah mendapat cover dari Kosmo yang bertarikh 20092013. So proud dengan FAREEDA yang merupakan usahawan bumiputra dan anak Melayu! 

Sampai disini sahajalah untuk entry kali ni. Masih banyak yang Saya mahu kongsikan bersama kalian semua, tapi masa sangat mencemburui Saya yang sangat busy dengan master thesis jika tidak ada photoshoot atau shooting. Tapi Saya tak pernah mengeluh malah nak buktikan pada diri yang Saya ni boleh jadi superwomen. Boleh buat dan push diri untuk something yang disukai. InshaaAllah.. 

Till then. Assalam. (:

6 comments:

  1. Saya pun suka design fareeda cuma agak pendek di bahagian depan. Untuk orang yang agak besar macam saya ini ianya nmpak macam pakai tudung size budak kecik. btw, fareeda tetap dihati. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam awak. No worries. Boleh berkunjung ke butik FAREEDA ya. Pelbagai size disediakan untuk peminat setianya. Dr standard size hinggalah ke XL

      Delete
  2. cantikk!

    nak tanya..kalau nak beli tudung fareeda aisya ni hanya di butik ke.. sebab online macam tak ada je.. maafla baru nak mencuba.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalo kat kuching dkt mane nk bli tudung fareeda?

    ReplyDelete