Skip to main content

Moments Sekitar Malam Berinai FizoMawar 09112013


Assalamualaikum..

Malam berinai cukup sinonim dengan masyarakat Melayu yang mana merupakan sebahagian daripada aktiviti yang akan ada untuk proses pernikahan. Tidak ketinggalan juga dengan CikMawar dan Fizo. Yang mana proses berinai ini dijalankan pada malam sebelum ijab kabul dan ianya diraikan dengan kehadiran saudara mara serta kenalan terdekat  juga peminat tudung FAREEDA. Dan malam berinai ini diceriakan lagi dengan kehadiran kak Didie Alias sebagai host. Ha. Boleh bayang tak? Havoc pastinya!!




Ha inilah pasangan yang diraikan. Cantik dan sama padan. Suka! 


Ini lak sebelum majlis bermula. Bergambar dulu dengan bakal pengantin (malam tu lah). Sorry pada yang lain, we ols ni memang suka bergambar. Ngee



oh ya! Lupa pulak nak cakap yang tema untuk malam berinai ni adalah Bollywood. Nampak tak betapa semangatnya kami pakai baju neh? Rasa dah macam pelakon hindi pulak!! Ahha!


Inilah pose special dari kami. Haha. Nak buat macam mana, zaman kami zaman hindustan. Boleh kata semua filem yang ada Shah Rukh Khan memang kami tahu! 


Kebetulan pula malam tu ada pertandingan Fashion Show dan pesertanya adalah dari kalangan FAREEDA die hard fans. Memanglah tambah lagi fun yang dah sedia ada. Tapi sayang Saya takada gambar untuk di upload. Gambar yang ada ni pun dari koleksi peribadi. Malam tu kena jadi Cikgu catwalk untuk peserta. Thanks FNJ cos percaya kat saya untuk handlekan mereka. Alhamdulillah, malam berinai dan semua aktiviti malam tu berjalan dengan lancar. Good job everyone! Thanks pada team Mumtaz juga untuk inai yang gojes debommm!

Itu saja untuk entry kali ni. Well ladies, siapa cakap pakai tudung tak boleh nak bergaya dan ikut tema? Semuanya terpulang atas keyakinan dan diri anda sendiri. Yakin dan percaya dengan yourself. Dengan FAREEDA, anda nyata jelita!

Till then, Assalam..



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujibakat Pengacara TV3

Assalamualaikum.
Siapa yang join ujibakat Pengacara TV3 Sabtu 23hb April haritu? Kalau ada kita geng. Hiks. 


Let me share you guys my experience throughout this audition
Seminggu sebelum tarikh audition perasaan masih sama. Masih tak gugup. I won't allow myself to get too nervous before any audition or any event. Saya ajar diri saya untuk kekal tenang dan have fun. Sebab saya percaya when fun goes, so too will all of your talents'. Percaya pada Allah swt. 


Berbalik pada hari ujibakat, saya sampai di Sri Pentas jam 7:50 pagi lagi. Awalkan? Excited betul haritu sebab pertama kali datang ujibakat disitu. Masa sampai tu adalah dalam 2, 3 orang yang dah sampai. Terkejut sebab ada lagi yang awal. Salute ! Park kereta di IBM sebab tak boleh masuk dalam Sri Pentas. Lepas tu kena tunggu sebab abang polis kat situ hanya benarkan kami masuk jam 9:00 pagi. Lepak-lepak dulu dekat depan IBM (sebelah Sri Pentas je). Hampir jam 8:30 dah ramai yang datang dan kami semua berkumpul dihadapan kaunt…

Pengambaran #ApaKataWanita RTM bersama En Azmi, Pakar Bunga Negara !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Sekali lagi mendapat peluang untuk bersama orang-orang yang hebat. Kali ini shooting untuk Apa Kata Wanita, RTM bersama dengan Abg Mohd Azmi, Pakar Bunga Negara !
Bukan calang-calang orang ya. Abg Azmi ini mendapat penganugerahan Pakar Bunga Negara dari Direktori Pakar Industri Negara (DPIN). Kagum kan? Masa shooting time tu pun saya diajar untuk membuat gubahan. Bukan senang nak dapat ilmu percuma lebih-lebih lagi dari seorang pakar ! #Bersyukur


Tadaaa. Inilah orangnya ! Abg Azmi yang super duper talented ! Ingat tak flower bouquet yang saya terima masa Final Ikon Nur 2015 5hb Mac 2015 haritu? Kalau tak ingat tengok gambar dibawah ni ya. tehehe


Cantik kan !? Tersangat lawa kan ? Semua 11 flower bouquet untuk 11 finalis semuanya dari Abg Azmi. Thumb up ! Ok berbalik pada shooting tadi, lokasinya adalah Florastika di Jalan Riong, Bangsar. Saya tak pernah sampai sana, semalam first time. Terima kasih pada sahabat baik, waze yang berjaya bawa saya kesitu tanp…

SKYLA Angels : Photoshoot SKYLA Collagen Soap & SKYLA Beauty Dust

Assalamualaikum..
Siapa dekat sini #SkylaLovers yang dah guna dua produk magic ni?
SKYLA COLLAGEN SOAP
SKYLA BEAUTY DUST
Ha kalau belum cepat-cepat pergi page SKYLA Malaysia HQ - Founder tau. 
Ni nak cerita BTS photoshoot untuk dua produk ni. Dah lama tak photoshoot sebenarnya. Kekok dah sampai haa tak tahu nak pose macam mana. Hehe. Nasib baik abg photographer tu steady. Tak lokek ilmu.



Taaddaaaa! Lawa kan gambar ? Cukup puas hati. Memang yang seperti saya nak hasilnya. Makeup pun cun melecun! Triple happy!

Ciksu nak share gambar BTS sahaja untuk post kali ni. Post selepas ini Ciksu cerita kelebihannya ok.

Photoshoot haritu Ciksu dengan colleagues yang pernah kerja sama-sama dulu. Kecik dan comel! Tak caya? Ni ha gambar dia



Photoshoot hari berjalan dengan lancar. Model pun pose ok tak kekok dan semua yang Ciksu nak memang dapat.

BTS







Actually tak banyak pun gambar BTS. Hehe.

SKYLA Angels : @suhailimohamad & @lilahsani
MUA: @khaibaha
Studio: @whitelenstudio

Blessed.