Sunday, June 16, 2013

PROGRAM PAUTAN KASIH FAREEDA - 29112013


Assalamualaikum..


Kali ni Saya nak share kisah teruja kami melawat Rumah  Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Wahidayah di Sungai Buloh.  Yang mana rumah perlindungan ini menempatkan mereka yg hidup dengan HIV dan Aids. This program is a charitable initiative by FAREEDA in conjunction with WORLD AIDS Day 2012. 







 Lawatan ini adalah salah satu komitmen FAREEDA dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat dikalangan Muslim entrepreneurs dan yang paling penting tanggungjawab sesama hamba-Nya. Alhamdulillah, Malaysian AIDS Foundation (MAC) yang banyak membantu dalam melancarkan lawatan ni. Thanks to Red Ribbon Celebrities Supporters, Fahrin Ahmad dan Bob Yusof yang hadir dan turut serta dalam menjayakan setiap atur cara yang dijadualkan.  






Program ini juga bertujuan untuk menghapuskan stigma negatif kepada mereka yang dijangkiti HIV dan Aids. Jika sebelum ini, ramai yang memandang serong dengan mereka tetapi jika tahu caranya, pasti itu semua tidak akan menjadikan masalah untuk mendekati mereka. 



Kekok bersama mereka? Tentulah tidak sama sekali! Mujurlah dari zaman persekolahan lagi kita semua sudah didedahkan tentang HIV dan Aids. Tambahan lagi, sebelum bergerak ke rumah perlindungan ini, kami telah diberikan sedikit pendedahan tentang bagaimana ia merebak dan cara untuk menanganinya. Bertawakal kepada Allah swt.






Setibanya kami disana, kami disambut mesra oleh penghuni Rumah Wahidayah yang tidak lokek senyuman. Dari raut wajah, ternyata mereka begitu gembira menerima kunjungan kami. Begitu juga kami, sangat gembira untuk mengenali dan mendekati mereka. Ternyata, program yang dijadualkan untuk mereka berjalan dengan lancar. Pemakaian henna dan hiasan cup cake ternyata mencuri perhatian mereka. Alhamdulillah.. Gembira, terharu, sebak dan teruja bercampur baur bila menatap wajah mereka. Lebih-lebih lagi mereka semua dijangkiti HIV bukan dengan kerelaan hati. Mungkin kurang pendedahan di awal usia menyebabkan mereka tidak peka dengan bahayanya HIV dan Aids.



Setelah majlis selesai, kami saling berpelukan dan ya, sudah tentu perasaan hiba untuk berpisah menyelubungi hati. Masih, hati Saya hiba bila melihat kanak-kanak yang masih belum mengenali apa itu kehidupan, telah dijangkiti HIV dari ibu atau ayah mereka. Sesungguhnya, semua telah ditetapkan oleh ALLAH swt kepada hamba-Nya. Hanya kita sahaja yang menentukan samada untuk redha atau menyalahkan takdir.