Tuesday, December 24, 2013

Road to Australia Part 1 (Hello Melbourne)


Assalam..

Entry kali ni nak share kenangan semasa travel backpackers ke Aussie aritu. Well, tak ada la aritu sangat. 16hb hingga 23hb Oktober 2013, to be exact. Hehe. Tak jauh sangat kan kan kan tarikhnya? Er.. ;p Oklah. Masa pergi aritu, Saya bersama dengan si sepet dan family. Ramai lagi meriah. Betul kan! (Sebenarnya tak berani nak travel seorang or hanya berdua. Ahha).

Oklah. Enough dengan introduction. Flight kami 16hb malam jam 1030pm. Memang saja ambik malam sebab bolehlah tidur dalam tu. Kalau flight turbulence atau rattler of nerves tak ada lah sangat kan. Maklumlah Saya ni seorang anxious passengers. Untuk 30minit yang pertama sahajalah. Lepas tu dah okay. Banyak sangat nonton Airplane Crash Investigation kat Astro. Trauma jadinya. Pheww. 

Anti-sosial? No lah. Hehe

Inilah Saya masa tunggu flight sampai. Hp sibuk kat tangan. Click sana click sini. Surfing apa yang patut pasal Aussie. Pergi sana sendiri kan, jadinya everything kena prepare sendiri. Nak sangat merasa backpacker experiences, rasakannnn. Tapi nasib baiklah ada kakak yang mostly handle semua. Saya bahagian back up saja. Kali ni tak segagah semasa travel dengan FAREEDA ke Paris dan London aritu, fully ber-high heels. Kali ni siap-siap terus pakai sport shoes. Hehe

Us

Nilah rombongan Cik Kiah nya. Paling comel dalam rombongan ni mestilah Baby Inara, my lil niece. Tu ha. Kat sebelah stroller tu. Penat pun boleh hilang kalau layan dia.

With si sepet

Thanks to him, banyak sangat gambar Saya. Boleh tahan paparazzi sangat perangainya. ;p 

Alhamdulillah, flight kami selamat sampai ke Melbourne Airport, Victoria tanpa sebarang masalah. Cuma masa sampai tu jelah rasa macam masa terbuang sebab nak kena declared everything. Lama menunggu turn. Haih. 

Melbourne Airport

Er. Bukan bukan. Saya tak obses dengan internet. Tengok hp saja. Haha. Masa ni tengah blur-blur sebab fikir mana nak pergikan. Cari lokasi bas stop dari sini. Senang sangat sini sebab local people sangatlah friendly dan helpful. Jadi sebelum naik bas or trams kat sini, kena beli Myki dulu. Same as touch and go dekat Malaysia. Topup and touch saja. Tak perlu nak buka purse untuk bayar dan tercicir syiling lah kan. Cara ni cashless and safer. Yelah, kita tak tahu kan siapa yang memerhati. Kena waspada dengan penyeluk saku.

Myki - Touch & Ride
Sengehhh

Dari airport kami menuju ke hotel. Check in, dan rehat. Sampai sini sajalah dulu. Nanti sambung lagi. Banyak lagi nak share dengan u ols, so nanti bolehlah u ols pula ber-backpacker ke sana. 


Till then. Assalam.

Tuesday, December 17, 2013

Majlis Raikan Pasangan Pengantin Baru Puan Mawar dan Fizo Omar 1 Disember 2013


Assalamualaikum..

1 Disember aritu, Butik FAREEDA Bangi telah mengadakan satu majlis untuk meraikan pasangan pengantin baru iaitu Puan Mawar dan En. Fizo Omar. Event ni adalah dari perancangan Ibu kepada Puan Mawar dan sedikit suprise untuk mereka (comey kan. Hee). Memang happening dan tambah pula Didie Alias yang menjadi pengacara! Mau tak riuh??! 

Berseri-seri aura pengantin baru. Suka!



Selepas tu ada sesi sign autograph di kalendar 2014 oleh kedua-dua pasangan yang diraikan. Tahniah kepada 40 orang pelanggan FAREEDA yang bertuah menerima kalendar tu berserta dengan baucer diskaun pembelian RM50. Happy kan! Boleh shopping dengan senang hati! Heehee

Muka seiras hokay!

Riuh rendah suasana dengan kehadiran peminat tegar FAREEDA. Tak caya, tengok gambar ni

Sebahagian dari FAREEDA die hard fans

Selepas selesai semua event diperkarangan butik FAREEDA, pasangan pengantin baru melayan peminat untuk sesi bergambar didalam butik pula. Seronok u olls!


Dari Kiri
Fizo Omar, CikMawar, KakAzalia, ME, CikFarah, KakAriesha

Lepas tu ada sesi makan2 bersama Puan Mawar dan Fizo Omar. Thanks pada mereka berdua sebab sudi ajak we olls makan sesama. Terharu.

Apapun terima kasih pada Puan FAREEDA dan En. Amin serta team FAREEDA sebab sudi menjemput kami untuk sama-sama terlibat dalam menjayakan majlis ni. Kepada pasangan pengantin, semoga ikatan suci dan sumpah setia berkekalan hingga ke hujung nyawa. Cepat-cepat dapat baby ya! Can't wait untuk tunggu MawarFizo junior!! Heee :D