Sunday, November 23, 2014

Bersyukurkah kita pada nikmat-Nya?




Assalamualaikum..

Sayang - sayang semua,

Tak ada apa sangat yang saya nak tulis untuk entry kali ini. Cuma nak share dengan semua satu video yang sangat - sangat menyentuh hati. Membuat kita terfikir, pernahkah kita bersyukur pada nikmat-Nya?





Sobs.. Masa homeless man tu beri makanan pada crew OckTv tu terus terdetik dalam hati saya, pemurahnya dia hingga sanggup berkongsi makanan walaupun dia sendiri menagih simpati masyarakat. Paling tak tahan air mata jatuh masa homeless man tu menangis. Tak dapat saya gambarkan apa perasaan dia ketika itu. 

Gembira, terharu, sedih ?

Ingatlah semua

Walau sekaya mana, walau sehebat mana pun kita, jangan sesekali memandang rendah pada orang lain. Bersyukur dengan apa yang ada dan kongsilah rezeki yang diberi oleh Allah swt. Jangan terlalu mendabik dada dan mendongak kelangit. 



Bersangka baik dengan semua orang. Tak adillah kalau sekali jumpa terus buat sudden judgement. Beri peluang pada mereka. Jika salah, tegurlah cara Rasulullah ajar, jangan guna lidah tanpa akal fikiran. Hati kita boleh dididik. Tak bermakna awalnya sesat akan terus sesat selamanya. 


Sama -samalah kita muhasabah diri. Didik hati untuk menjadi lebih penyayang dan bersangka baik sesama manusia. 


Till then.. 

InshaaAllah

Sunday, November 2, 2014

Siapalah kita tanpa mereka..


Assalamualaikum..


Entry kali ni nak dedicated sepenuhnya pada Mak dan Abah. Alhamdulillah alhamdulillah, adanya mereka berdua ini memberikan sumber inspirasi kepada saya dan adik beradik yang lain untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Kepayahan dan perit getir yang mereka lalui demi kami adik beradik, alhamdulillah terbalas apabila anak-anak mula berdikari dan menjadi 'Manusia'.

Mak

Masih ingat lagi waktu dibangku sekolah, Mak yang akan hantar kami adik beradik ke sekolah naik basikal. Dulu naik basikal je, takde moto sebab tak mampu :'). Tapi kami bersyukur sebab time tu ada kawan-kawan pegi sekolah jalan kaki je. Sobs. Terima kasih Mak. 

Abah pula merantau mencari rezeki demi sesuap nasi. Boleh dikatakan dulu, hendak jumpa Abah dua bulan sekali pun payah. Tapi bila Abah cuti, Abah akan ambik cuti lama untuk spent masa dengan kami semua. Jadi bolehlah kami adik beradik lepaskan rindu pada Abah.

Abah

Tapi dulu zaman kecik-kecik, kami adik beradik memang takut dengan Abah. Kalau abah ada semua bertukar jadi sopan dan santun. Tak ada gaduh-gaduh ni. Semua okay je. Masa tu walau kena buli dengan kakak or abang pun redha je haa. Hehe. Pelakon handalan sangat semua masa tu. Semua tak berani nak mintak apa-apa dengan Abah. Kami akan cari Mak walaupun tahu nanti duit tu Abah jugak yang bagi. Asalkan bukan kami mintak sendiri. Haha.

Lain pulak dengan Mak, memang spoil (manjakan) kan kami adik beradik. Bila dah dewasa ni, barulah terfikir yang semua Mak dan Abah buat adalah untuk kebaikan kami semua. Kalau dua-dua spoilkan kami, mungkin kami tak macam yang sekarang ini. Terima kasih sebab didik kami untuk jadi manusia. Mak tahu tanggungjawab yang digalas adalah besar sebab Abah tak ada untuk memantau kami. Mak seorang je. Jadi Mak pastikan kami adik beradik lepas balik sekolah makan cukup-cukup kemudian ulangkaji pelajaran. Sampai sekarang saya ingat pesan Mak

 'Kita ni orang susah, tak kaya tak ada harta. Hanya ilmu sahaja yang boleh ubah hidup kita. Kalau Mak dan Abah tak rasa hidup yang serba serbi lengkap, kami nak anak-anak kami hidup selesa.' :')

Abah tengah tekun dan fokus bawak kete

Alhamdulillah, atas didikan Mak dan Abah, kami adik beradik boleh berdikari dan ada hidup yang bermakna. InshaaAllah. Masing-masing boleh bezakan apa yang buruk dan terbaik untuk hidup. 



Sekali lagi, terima kasih Mak dan Abah sebab selalu sabar dan tak jemu mendidik kami. Kami semua sayang Mak dan Abah. Doa dan redha Mak Abah yang mendorong kami untuk lebih berusaha untuk berjaya.


:')