Fashion Show - FAREEDA Alamanda Soft Launch





Salam semua..

Huah. Rasa macam dah lambat sangat dah nak tulis entry pasal ni, tapi tak kira nak juga tulis. Huu..

Fashion show ni diadakan pada hari yang sama Butik FAREEDA Alamanda dibuka iaitu 25hb Januari 2015. Thanks to Alamanda sebab kami manage untuk dapatkan tempat kat depan AmBank untuk prepare stage semua. Dekat dengan entrance butik kat situ. Jadi peminat-peminat yang datang tu boleh tengok catwalk model2 memperagakan paten dan warna2 yang terbaru. Lebih-lebih lagi paten terbaru iaitu "Nour Aisya" koleksi tanpa awning diperkenalkan kepada umum. 

Masa fashion show aritu Nabil Raja Lawak dan Jihan Muse yang jadi host. Memang kelakar habis ! Gelak tak ingat dunia padahal kat depan ada video-man tengah shoot. Hidong mesti kembang kempis masa tu. Haha. Nasib lah.

Mata nak terpejam dah. Lama sangat readynya. Ehhe


Cantik tak tudung dan baju saya pakai tu? Haa, tudung tulah koleksi terbaru untuk soft launch tu. "Nour Aisya". Senang je pakai, sarung terus elok cantik je muka. Lepas tu baju tu pulak dari Koleksi Mawar yang direka khas oleh Butik Warna Ceria

Gabungan antara Nabil dan Jihan memang tak boleh nak lawan dah, memang chemistry tu ada. Sampai saya pun nervous nak bercakap, gigil tangan pegang microphone. Padahal kena take over masa catwalk jea bukan kena buat benda lain. Tapi dushhh cuaknya Allah swt je tahu. Maunya tak nervous, tengok ni crowd yang datang ! Penuhhhhhh !!!

Terima kasih pada big boss sebab bagi kepercayaan pada saya.






Ramaikan?? Hoho. Nervous gigil tangan lagipun lama dah tak jadi cikgu kat pentas. Ahha.


Meh nak kenalkan dengan barisan model FAREEDA yang join fashion show aritu. 

Dari kiri; Syira, Kak Raudzah Nelly, Ika, dan Kak Ain.

Tadaaaaa.. Cantikkan semuaaa. Ehh aip aip. Tak boleh ngorat, nak buat kakak ipar ke apa ya. Semua already taken. Ehhe. Semua dah ada anak, tapi masih slim melim. Mencii. Hopefully saya pun macam tu jugak nanti. InshaaAllah. >feeling-feeling<

Saya dan Kakzalia >yang korang semua cakap kembar saya tu< pulak mem-busy-kan (nak jugak cakap omputih) kat backstage. Saya duk sibuk buat arrangement untuk lagu dan perjalanan majlis dibantu oleh rakan sekerja yang lain, kakZalia pulak mem-busy-kan diri untuk aturcara dan perjalanan catwalk. Thank you kakak !! Meh nak upload gambar kakak sikit. Ada Mem kecik , CikMawar sekali. Oh ya gambar ni masa dah last2 untuk penyampaian hadiah kepada pemenang. Event kali ni memang riuh rendah sebab FAREEDA buat games untuk fans. Ada puzzle, makeoverrrr (R lebih sikit sebab makeover tu memang overrr) haha dan habiskan makanan dalam masa 3 min. Dengar macam mudah tapi kalau ada kat situ dengan banyak mata yang tengok dah Nabil dan Jihan pulak dok mengacau semua jadi gabra. Tapi salute lah pada kakak-kakak dan abang-abang yang ambil bahagian. Sporting habis!!


Semasa penyampaian hadiah. Saya tersenyum sebab Nabil tak faham handwriting saya. Haha


Alhamdulillah.. Event yang bermula pada jam 2 prtang tamat pada 6 petang seperti yang dijadualkan. Terima kasih pada semua yang terlibat. Seronok sangat dan tak rasa pun 4 jam tu. Lepas habis event tu gathering dulu reramai sebelum balik. Sembang-sembang dulu sebab kalau bukan sebab event macam ni tak tahu bila lagi boleh berkumpul reramai camnih. Sobs





Sampai sini saja. Sahabat yang baik susah untuk dicari, jadi hargailah setiap sahabat yang hadir atau even just cross our path. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya Allah swt mahu kita belajar dari setiap pertemuan tu. Bersangka baik dan fikir yang baik-baik sahaja.




Till we meet again.




Lots of Love.









SuhailiMohamad

Comments