SKYLA ON THE NEWS ! Terima kasih SINAR HARIAN


Assalamualaikum..

Yeayy !

Semalam SKYLA masuk akhbar Sinar Harian semalam 20hb Disember 2015 !!!


Terima kasih Amy, wartawan ruangan ini dan akhbar Sinar Harian untuk artikel ini. 





Alhamdulillah. 


Syukur Ya Allah swt. Tak pernah terlintas sebenarnya satu hari nanti saya boleh ke tahap ini. Sungguh tak pernah terlintas. Dari hanya seorang anak kampung, anak seorang petani dan buruh, saya terus menongkah arus kehidupan. Betullah kata orang tua, hanya pengalaman akan mengajar erti sebenar kehidupan. Permulaan hanyalah model picisan (amboi ayat tehehe) hingga bersama Fareeda adalah sesuatu pengalaman yang terbaik bagi saya. Jika bukan dari pengalaman sebegini, saya mungkin masih ditakuk lama. Gadis kampung yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.


--------------------------------------------

Buah hati baru saya, SKYLA masih belum sampai setahun dipasaran, akan tetapi sudah mula mendapat tempat dihati pengguna. Lahirnya SKYLA bukan sesuatu yang mudah, banyak yang perlu diusaha dan dikorbankan. Tuhan sahaja yang tahu permulaannya. Terima kasih pada keluarga yang selalu ada memberikan sokongan utuh buat saya terus melangkah.  

Bukan mudah.

Itu yang saya boleh perkatakan bila ada yang bertanya. Sungguh bukan mudah. Bukan kekayaan atau glamour yang dicari tapi hanyalah satu azam untuk merubah nasib keluarga. Bukan tidak bersyukur akan nikmat dan rezeki yang Allah swt kurniakan sekarang, tapi mencari sedikit lebih keselesaan untuk semua. Ya, untuk semua ahli keluarga. Percaya tak, merekalah yang paling excited bila SKYLA mula dipasarkan ! Sampai berebut nak jadi abang posmen !

Bukan terus berharta. Itu pasti.

Tapi saya percaya pada janji Allah swt

" Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" QS 13:11

Jadi sayang, usahalah selagi termampu. Berbuat baik pada semua dan selalulah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkerjaan. 

InshaaAllah, untuk post seterusnya saya akan ceritakan lebih details mengenai SKYLA. Pada yang sudah mencuba, terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda semua.

Info lanjut mengenai SKYLA boleh ke page Skyla Malaysia HQ - Founder atau whatsapp 018-3958828.


Thank you for your time. :')






Comments

Post a Comment