Sunday, March 1, 2015

TINY LETTER 13 : Sudden Judgement ? Kenapa Perlu Begitu?

Assalamualaikum..

Ada tak yang baca tajuk post ni tetiba je terlintas pernah buat sudden judgement pada orang lain? Saya bet mesti semua pernah kan? Sebab saya pun pernah. Dulu.. Masa zaman muda-muda masih tak matang. Masa emosi dan penglihatan mengatasi akal fikiran. Sekarang Alhamdulillah, dah banyak ajar hati untuk untuk melihat kebaikan didalam semua orang yang saya jumpa. Dan itulah yang sebaiknya. 


Apa guna membuat sudden judgement sedangkan kita sendiri tak pernah kenal secara peribadi dengan orang tu. Jumpa berborak 5 min terus nilai orang macam tu macam ni. Cukup ke 5 min tu untuk kita buat penilaian? Cukup ke cukup ke? Tak cukup sebenarnya. Eventho kita kenal orang tu seumur hidup dia pun masih belum boleh kita nak nilai dia macam mana. SEBAB kita bukan dia. Kita tak tahu apa yang dilalui sepanjang hidup dia. Fizikal tak boleh mengambarkan apa-apa unless you have some kind of magic power yang boleh buat you rasa sendiri setiap pengalaman orang tu. Yes semua tu ada, hanya dalam fantasi, cerita dan drama tapi bukan dalam real world.

It's hurts when you've being judged by other without any changes to defend yourself for any accusations that are bound to fly. Saya tahu macam mana rasanya sebab saya pernah lalui sendiri. Pernah satu ketika someone datang kepada saya dan berkata:

Her              : Ciksu, A (someone yang saya anggap sahabat) pesan kat kami semua supaya hati-hati dengan Ciksu sebab Ciksu rapat dengan B.

Me                : Hoh. >terpinga-pinga<

Apa yang saya dah buat? Saya tak pernah kenal awak rapat pun.

Sayang.. Tak bermakna jika si A bermasalah dengan si B saya pun kena ikut si A untuk putuskan silaturahim. Be professional and grow up. Buang sikap tak matang dan childish tu jauh-jauh. Makin meningkat umur sepatutnya makin dewasa boleh bezakan mana baik mana buruk. Tak ada lagi backstabber, dan cemburu dengan kejayaan dan kelebihan orang lain. Lagi satu bersikap baik pada orang yang tak suka kita bukan maknanya kita ni two-faced tapi membuktikan yang kita ni matang. Cuba fikir positif. Kalau dah itu yang ditetapkan oleh Allah swt, rezeki dia untuk lebih dari kita semua, jalan yang Allah swt bagi pada dia kenapa perlu kita persoalkan??

Buka hati buka mata untuk menilai kebaikan seseorang itu. Saya pun akui sepanjang kehidupan ini saya ada ambil jalan yang I'm not proud of. Kadang-kadang bila marah kita petah berbicara sesuatu yang kita sendiri tak sedar dan tak ada niat langsung. Tapi bila marah tu hilang kita dah lupa apa yang kita cakap sebelum tu. Menyesal kan?  

Jadi, beristifarlah banyak-banyak bila marah dan beremosi. Ambil langkah untuk berdiam diri dan halakan kemarahan itu pada sesuatu yang baik. Cubalah bersedekah dan baca Al-Quran. InshaaAllah Allah swt akan beri kita ketenangan..

Credit photo : qriouslife.wordpress.com




Till then.

I love you.