Sunday, October 4, 2015

Kerinduan Tanpa Batasan


Assalamualaikum..




Rindu !

Hi semua. Inilah permata hati saya. Mok dan Abah. Masa balik raya Aidiladha haritu, rasa macam dah tak nak balik KL. Sebab nak duduk lama-lama kat kampung dengan mereka. Lebih-lebih lagi raya haritu hanya Saya dan Abang je ada kat kampung. Along, Cit dan Adik terpaksa beraya di KL. Seriously tak best raya bila tak cukup family members ni ! Sunyi rumah !

I want to be 5 years old again !

Mm, its funny how life treat you kan sebab masa kecik-kecik dulu saya akui tak sabar nak grow up. Nak pergi belajar jauh, nak cuba berdikari dan cuba buat semua benda sendiri. Since sejak dari kecik until form 4 saya still dengan parents. Kecuali masa form 5 memang terpaksa stay hostel sebab kat kampung kalau musim tengkujuh akan hujan dan banjir. Takut nanti pergi exam SPM naik rakit, tak pun tak boleh pergi terus sebab tak ada access nak keluar dari kawasan banjir. Seronok dan penuh adventures kan life kat kampung. Ehhe. 

Tapi bila dah Saya start masuk kolej matriculation, then masuk Universiti dan terus kerja, rasa rindu nak tinggal dengan parents tu makin terasa. 

Rindu nak bangun pagi nampak Mok Abah depan mata.

Apa yang saya buat untuk hilangkan raya rindu?

Almost setiap hari akan call bercakap dengan Mok Abah walaupun sekejap. Cukup untuk mereka tahu yang saya ambil berat. Awak pun buatkan?

Seronok dan bahagia bila dengar suara Mok Abah. 

Pesanan Saya pada adik-adik yang masih belajar khas yang masih bersekolah tu, jangan cepat-cepat nak settle down (kahwin). I know how love can fool you. Its make you be in your own imaginary worlds. I've been there too. Hehe. But keep strong yeah! Belajar tinggi-tinggi selagi boleh, dapatkan kerja yang bagus dan balas jasa mereka. Bukanlah tak elok atau salah kalau kahwin muda, tapi kalaulah ada pilihan balas jasa parents dulu. Sebab bila dah kahwin, tanggungjawab akan bertambah. Pasangan, anak dan all the expenses





I love you Mok & Abah ! Thank you for everything. 

Till then, Love.