Friday, December 25, 2015

SKYLA™ - My sweethearts (Cream Foundation)


Assalamualaikum

Terima kasih kepada yang sudi membaca post saya yang sebelum ini SKYLA ON THE NEWS ! Terima kasih Sinar Harian. Banyak traffic blog ini saya terima dari jasa awak semua. 

*Happy me*

Actually kita excited nak cerita apa produk SKYLA™ kat awak semua.



Let's start with ;


SKYLA™ Cream Foundation.


Actually SKYLA™ Foundation ini bukan dalam bentuk compact atau liquid, tapi lebih kepada mousse texture. Kenapa saya tekankan untuk dihasilkan dalam texture ini? Sebab mousse texture boleh berikan light dan flawless satin finish pada kulit kita. Since mousse texture sangat senang untuk di apply pada wajah. 

Since our skin tone berbeza, jadinya SKYLA™ tawarkan 4 pilihan warna yang berbeza. Warna yang sesuai untuk kulit cerah, pinkish, sederhana dan sedikit tan.





1) NYLA



Tadaa ! Ini first color untuk mereka yang berkulit cerah! A bit macam yellowish kuning langsat, bila apply akan jadi cerah dan sekata. NYLA ni adalah kod warna yang paling laris dikalangan peminat SKYLA™. Thank you pada semua :') Sukaaa



2) SURI




Yang ni pula bagi mereka yang berkulit sederhana. SURI sangat sesuai bagi mereka yang inginkan finishing yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. SURI juga paling banyak yang terjual setakat ini.



3) AARA



Kod warna AARA pula bagi mereka yang berkulit agak tan. Tetapi kebiasaannya saya syorkan pada peminat untuk jadikan AARA sebagai shading sahaja. Kalau foundation better ambil satu tona lebih cerah dari kulit wajah. Sebab makeup boleh ter- oxidize ke warna yang lebih gelap bagi sesetengah kulit. Untuk selamat lebih baik ambil satu tona lebih cerah. 


4) LUNA




Ha, ni pula kod warna LUNA. Sesuai bagi mereka yang berkulit pinkish atau cerah. Boleh juga digunakan sebagai blusher. Tak percaya? Boleh cubalah nanti. :D Blusher dari foundation lagi tahan lama.


4 kod warna untuk SKYLA™ Cream Foundation yang ada dipasaran sekarang.  Kelebihan saya akan terangkan dalam post yang seterusnya ya. Janji tauu baca  ! :') 

Kepada yang berminat boleh terus whatsapp Hotline SKYLA™ 018-395 8828

Special Price  : RM 49.90 

Normal Price : RM 59.90

Thank you sayang semua.


Love :)



Tuesday, December 22, 2015

SKYLA ON THE NEWS ! Terima kasih SINAR HARIAN


Assalamualaikum..

Yeayy !

Semalam SKYLA masuk akhbar Sinar Harian semalam 20hb Disember 2015 !!!


Terima kasih Amy, wartawan ruangan ini dan akhbar Sinar Harian untuk artikel ini. 





Alhamdulillah. 


Syukur Ya Allah swt. Tak pernah terlintas sebenarnya satu hari nanti saya boleh ke tahap ini. Sungguh tak pernah terlintas. Dari hanya seorang anak kampung, anak seorang petani dan buruh, saya terus menongkah arus kehidupan. Betullah kata orang tua, hanya pengalaman akan mengajar erti sebenar kehidupan. Permulaan hanyalah model picisan (amboi ayat tehehe) hingga bersama Fareeda adalah sesuatu pengalaman yang terbaik bagi saya. Jika bukan dari pengalaman sebegini, saya mungkin masih ditakuk lama. Gadis kampung yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.


--------------------------------------------

Buah hati baru saya, SKYLA masih belum sampai setahun dipasaran, akan tetapi sudah mula mendapat tempat dihati pengguna. Lahirnya SKYLA bukan sesuatu yang mudah, banyak yang perlu diusaha dan dikorbankan. Tuhan sahaja yang tahu permulaannya. Terima kasih pada keluarga yang selalu ada memberikan sokongan utuh buat saya terus melangkah.  

Bukan mudah.

Itu yang saya boleh perkatakan bila ada yang bertanya. Sungguh bukan mudah. Bukan kekayaan atau glamour yang dicari tapi hanyalah satu azam untuk merubah nasib keluarga. Bukan tidak bersyukur akan nikmat dan rezeki yang Allah swt kurniakan sekarang, tapi mencari sedikit lebih keselesaan untuk semua. Ya, untuk semua ahli keluarga. Percaya tak, merekalah yang paling excited bila SKYLA mula dipasarkan ! Sampai berebut nak jadi abang posmen !

Bukan terus berharta. Itu pasti.

Tapi saya percaya pada janji Allah swt

" Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" QS 13:11

Jadi sayang, usahalah selagi termampu. Berbuat baik pada semua dan selalulah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkerjaan. 

InshaaAllah, untuk post seterusnya saya akan ceritakan lebih details mengenai SKYLA. Pada yang sudah mencuba, terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda semua.

Info lanjut mengenai SKYLA boleh ke page Skyla Malaysia HQ - Founder atau whatsapp 018-3958828.


Thank you for your time. :')