Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Ujibakat Pengacara TV3

Assalamualaikum.
Siapa yang join ujibakat Pengacara TV3 Sabtu 23hb April haritu? Kalau ada kita geng. Hiks. 


Let me share you guys my experience throughout this audition
Seminggu sebelum tarikh audition perasaan masih sama. Masih tak gugup. I won't allow myself to get too nervous before any audition or any event. Saya ajar diri saya untuk kekal tenang dan have fun. Sebab saya percaya when fun goes, so too will all of your talents'. Percaya pada Allah swt. 


Berbalik pada hari ujibakat, saya sampai di Sri Pentas jam 7:50 pagi lagi. Awalkan? Excited betul haritu sebab pertama kali datang ujibakat disitu. Masa sampai tu adalah dalam 2, 3 orang yang dah sampai. Terkejut sebab ada lagi yang awal. Salute ! Park kereta di IBM sebab tak boleh masuk dalam Sri Pentas. Lepas tu kena tunggu sebab abang polis kat situ hanya benarkan kami masuk jam 9:00 pagi. Lepak-lepak dulu dekat depan IBM (sebelah Sri Pentas je). Hampir jam 8:30 dah ramai yang datang dan kami semua berkumpul dihadapan kaunt…

Beauty Event - SKYLA™ x Nelyz Couture Boutique

Assalamualaikum..
 All praises to Allah swt. SKYLA™ mendapat undangan khas untuk sama-sama menjayakan Beauty and Hijab Tutorial Event baru-baru ini.
Tarikh : 16hb April 2016 Masa : 2:30 ptg - 5:30 ptg Lokasi : Nelyz Couture Boutique, Damansara
Sangat berterima kasih kepada Pn Ely, pemilik Nelyz Couture Boutique and Pn. Yatie, Pegawai Pemasaran untuk butik tersebut yang memberi peluang kepada SKYLA™ untuk sama-sama berada disana. Semoga bisnes bertambah maju ya. :')

 Pn. Ely ni berasal dari Pasir Mas, Kelantan dekat dengan hometown saya. Tak sangka boleh jumpa great business women dekat sini.  Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya ke sana haritu bukan berseorangan, tapi bersama angel-angel SKYLA™ (wahhh) yang cun melecun, Kak Zura dan Rose. Syukur Allah swt pertemukan dengan kawan-kawan yang baik macam ni. Selalu memberi semangat dan positif. Sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti SKYLA™. Semoga persahabatan berkekalan hingga ke Jannah. InshaaAllah. Cantik tak kami bergaya de…

Pengambaran #ApaKataWanita RTM bersama En Azmi, Pakar Bunga Negara !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Sekali lagi mendapat peluang untuk bersama orang-orang yang hebat. Kali ini shooting untuk Apa Kata Wanita, RTM bersama dengan Abg Mohd Azmi, Pakar Bunga Negara !
Bukan calang-calang orang ya. Abg Azmi ini mendapat penganugerahan Pakar Bunga Negara dari Direktori Pakar Industri Negara (DPIN). Kagum kan? Masa shooting time tu pun saya diajar untuk membuat gubahan. Bukan senang nak dapat ilmu percuma lebih-lebih lagi dari seorang pakar ! #Bersyukur


Tadaaa. Inilah orangnya ! Abg Azmi yang super duper talented ! Ingat tak flower bouquet yang saya terima masa Final Ikon Nur 2015 5hb Mac 2015 haritu? Kalau tak ingat tengok gambar dibawah ni ya. tehehe


Cantik kan !? Tersangat lawa kan ? Semua 11 flower bouquet untuk 11 finalis semuanya dari Abg Azmi. Thumb up ! Ok berbalik pada shooting tadi, lokasinya adalah Florastika di Jalan Riong, Bangsar. Saya tak pernah sampai sana, semalam first time. Terima kasih pada sahabat baik, waze yang berjaya bawa saya kesitu tanp…

INTERVIEW DI RADIO BERNAMA WITH MAJALAH NUR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Terima kasih diatas jemputan Majalah Nur untuk featuring kan saya selaku Juara Ikon Nur 2014/2015 untuk segmen Sidang Redaksi Bernama Radio. Terima kasih Kak JJ, Editor Happening Majalah Nur, Kak Azza Pen. Editor dan juga Kak Fieza ! Teruja !



Terima kasih juga kepada DJ kakak cantik Shuhadah dan Natasha yang sangat baik dan talkative. Hilang nervous.

Seronok sebenarnya tengok tugas penyampai radio. Tapi bila tengok banyaknya yang nak kena jaga dan manage dalam tu terus kagum dengan mereka ! Bukan senang ya nak handle tu.


Gelak tawa dan usik mengusik oleh kedua-dua penyampai sedikit sebanyak membantu menghilangkan rasa gemuruh. Lagipun on air tanpa penonton. Gemuruh tapi sebenarnya 4 orang je dalam konti. Gemuruh dari rumah tu macam nak muntah pengsan apalah.
But hey, kalau tak cuba macam mana kita nak tahu kan? 45 minit with them rasa macam 5 minit je. Semua berjalan dengan lancar. All praises to Allah swt.



Thank you Allah swt