Tuesday, April 19, 2016

Beauty Event - SKYLA™ x Nelyz Couture Boutique


Assalamualaikum..

 All praises to Allah swt. SKYLA mendapat undangan khas untuk sama-sama menjayakan Beauty and Hijab Tutorial Event baru-baru ini.

Tarikh : 16hb April 2016
Masa : 2:30 ptg - 5:30 ptg
Lokasi : Nelyz Couture Boutique, Damansara

Sangat berterima kasih kepada Pn Ely, pemilik Nelyz Couture Boutique and Pn. Yatie, Pegawai Pemasaran untuk butik tersebut yang memberi peluang kepada SKYLA™ untuk sama-sama berada disana. Semoga bisnes bertambah maju ya. :')

Hadapan (Dari Kiri) : Pn Ely (Pemilik Butik Nelyz Couture), Saya dan Pn Yatie
Belakang (Dari Kiri) : Pn Zuera, Su dan Pn Rose

 Pn. Ely ni berasal dari Pasir Mas, Kelantan dekat dengan hometown saya. Tak sangka boleh jumpa great business women dekat sini.
 
 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kami bertiga menggayakan Eva Flared Skirt by SKYLA

Saya ke sana haritu bukan berseorangan, tapi bersama angel-angel SKYLA™ (wahhh) yang cun melecun, Kak Zura dan Rose. Syukur Allah swt pertemukan dengan kawan-kawan yang baik macam ni. Selalu memberi semangat dan positif. Sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti SKYLA™. Semoga persahabatan berkekalan hingga ke Jannah. InshaaAllah. Cantik tak kami bergaya dengan Eva Flared Skirt by SKYLA™? Teheheehe. 

Alhamdulillah Beauty Event kali ini berjalan dengan lancar. Sangat best sebab peminat Nelyz Couture Boutique sangat supportive. Hampir setiap pelanggan mereka yang hadir akan ke kaunter SKYLA™ dan pasti akan membawa pulang SKYLA™ bersama-sama. Me so happy !

Antara produk SKYLA™ yang ditawarkan pada hari tersebut adalah :

🌸 SKYLA™ Cream Foundation
🌸 SKYLA™ Face Serum
🌸 SKYLA™ Brush
🌸 SKYLA™ Collagen Soap (latest product!)

Jom saya tunjukkan gambar kemeriahan disekitar majlis tersebut ya

Saya bersama Pn Ely yang sangat humble dan baik.



Sebahagian produk SKYLA yang dipamerkan pada hari tersebut. Credit to Kak Zura dan Rose untuk hiasan. Me kelauttt! Hehheh

Sangat puas hati dengan sticker SKYLA™ Collagen Soap. Thank you graphic designer yang sangat bagus :)

Refreshment yang disediakan oleh Nelyz Couture Boutique. Yummy !

Oh ya! Lupa nak bagitahu, masa event haritu SKYLA™ ada buat product demo. Gigil tangan makeup kan si cantik ni. Maklumlah bukan pro sangatkan. Tapi salute pada dia sebab dia berani. 


Dalam hati 'Jadi ke tak ni ?' Tehehe



Tadaaa! Selepas menggunakan SKYLA Cream Foundation.

Lawa kan? Adik ni memang jenis yang tak suka makeup, tapi bila dah di makeover kan pada hari tersebut terus dia jatuh hati. Terus beli SKYLA™ Brush dan SKYLA™ Collagen Soap untuk kegunaan lepas ni. SKYLA™ Cream Foundation saya bagi percuma sebagai token sebab dia volunteer untuk jadi model haritu.



Bonda, pelanggan terawal SKYLA.


Alhamdulillah

Semoga kami dimurahkan rezeki. InshaaAllah selepas ini saya dan Nelyz Couture Boutique akan berkerjasama didalam projek yang seterusnya. Tunggu tau. Saya update nanti. Tak sabar. Hiks.

Love (:


No comments:

Post a Comment