Sunday, April 17, 2016

Pengambaran #ApaKataWanita RTM bersama En Azmi, Pakar Bunga Negara !


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Sekali lagi mendapat peluang untuk bersama orang-orang yang hebat. Kali ini shooting untuk Apa Kata Wanita, RTM bersama dengan Abg Mohd Azmi, Pakar Bunga Negara !

Bukan calang-calang orang ya. Abg Azmi ini mendapat penganugerahan Pakar Bunga Negara dari Direktori Pakar Industri Negara (DPIN). Kagum kan? Masa shooting time tu pun saya diajar untuk membuat gubahan. Bukan senang nak dapat ilmu percuma lebih-lebih lagi dari seorang pakar ! #Bersyukur



Tadaaa. Inilah orangnya ! Abg Azmi yang super duper talented ! Ingat tak flower bouquet yang saya terima masa Final Ikon Nur 2015 5hb Mac 2015 haritu? Kalau tak ingat tengok gambar dibawah ni ya. tehehe



Cantik kan !? Tersangat lawa kan ? Semua 11 flower bouquet untuk 11 finalis semuanya dari Abg Azmi. Thumb up ! Ok berbalik pada shooting tadi, lokasinya adalah Florastika di Jalan Riong, Bangsar. Saya tak pernah sampai sana, semalam first time. Terima kasih pada sahabat baik, waze yang berjaya bawa saya kesitu tanpa sesat. Hehe.

  Untuk segmen kali ini, saya diminta untuk membuat gubahan yang biasa dibuat. Well, saya bukanlah seorang yang bertangan seni. Hehe. Boleh la buat hiasan biasa-biasa sahaja. 

Nak tengok? Tadaaa.. 


Ini lah hasilnya. Simple, tapi akan menaikkan seri dining area kalau dihiaskan diatas meja makan. :) 



For those yang tercari-cari kedai untuk fresh flower yang sangat murah, boleh ke Floristika ni ya. Pelbagai bunga segar ditawarkan. Tulip pun ada ! Harga tersangatlah berbaloi !

Thank you everyone :)






No comments:

Post a Comment