Skip to main content

Ujibakat Pengacara TV3


Assalamualaikum.

Siapa yang join ujibakat Pengacara TV3 Sabtu 23hb April haritu? Kalau ada kita geng. Hiks. 



Let me share you guys my experience throughout this audition

Seminggu sebelum tarikh audition perasaan masih sama. Masih tak gugup. I won't allow myself to get too nervous before any audition or any event. Saya ajar diri saya untuk kekal tenang dan have fun. Sebab saya percaya when fun goes, so too will all of your talents'. Percaya pada Allah swt. 


OOTD pada hari audition. Thank you Aspirasi Mawar for this beautiful top & dress. Me love it ! Hitam = kurus. eh ;p

Berbalik pada hari ujibakat, saya sampai di Sri Pentas jam 7:50 pagi lagi. Awalkan? Excited betul haritu sebab pertama kali datang ujibakat disitu. Masa sampai tu adalah dalam 2, 3 orang yang dah sampai. Terkejut sebab ada lagi yang awal. Salute ! Park kereta di IBM sebab tak boleh masuk dalam Sri Pentas. Lepas tu kena tunggu sebab abang polis kat situ hanya benarkan kami masuk jam 9:00 pagi. Lepak-lepak dulu dekat depan IBM (sebelah Sri Pentas je). Hampir jam 8:30 dah ramai yang datang dan kami semua berkumpul dihadapan kaunter pendaftaran untuk ambil pass masuk (depan pagar utama ya). 


Kemudian baru ke dalam dan ada satu lagi kaunter pendaftaran untuk isi borang dan serahkan semua maklumat. Checklist yang perlu ada:


  • Gambar berukuran poskad - please note that ini sudah terpampang pada iklan diatas. Gambar ukuran poskad (4R) tapi masih ramai yang kepilkan gambar ukuran passport


  • Resume - Penting ! Penting ! Penting. Dekat resume tu tulis je apa yang awak semua dah buat. Related dengan hosting or emcee


  •  Pen -  Jangan sampai pinjam pen urusetia pula. 

  •  Penampilan - Crucial ! Sebab audition untuk pengacara TV. Pastikan penampilan kemas. Paling penting calit makeup sedikit supaya wajah kelihatan segar dan berseri. Ingat ;



 You'll never get a second chance to make first impression 
 
  •  Keyakinan - sila jangan tinggal dirumah ya. Bawa bersama. 

  •  Skrip / teks - Penting! Sebolehnya jangan hafal skrip. Sebab nanti nampak terlalu menghafal dan tidak spontaneous (amboi cakap orang, haritu pun saya gugup. Ehhe) 

Ingat ya semua dekat atas tu. Saya hari sabtu haritu first time pergi audition. Jadi tak tahu apa yang perlu dibuat. Hanya sediakan apa yang dirasakan perlu. Alhamdulillah. Semuanya ok. Untuk saringan pertama saya peserta yang ke-20. Masa ini di interview untuk perkenalkan diri dan bercakap. Alhamdulillah. Tersenarai untuk saringan yang kedua (no. giliran yang ke-4). Masa ini nervous lagi sebab kena bercakap depan kamera recording yang gedabak besarnya. Alhamdulillah juga berjaya. 

Model pagar Sri Pentas :D


Sekarang terserah pada rezeki dari Allah swt. Saya sudah usaha dan cuba yang terbaik. Tunggu percaturan perjalanan hidup saya dari Allah swt. Jika DIA sudah tetapkan untuk saya, alhamdulillah. Jika tidak, saya percaya Allah swt ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Sebab saya percaya DIA.

Pengalaman itu penting. Tak nak nanti bila sudah berusia, saya akan berbicara sendiri tentang 'kalaulah'. Saya tak nak. Biar saya cuba semua benda dari saya 'kalaulah'. Bila dah beranak cucu nanti saya boleh cerita pada mereka yang saya buat semua dah.





I'd rather look back at my life and say

" I can't believe I did that"

Instead of saying

" I wish I did that "



Untuk adik-adik diluar sana, hopefully kalau ada peluang macam ni jangan lepaskan ya. Jangan takut nak mencuba. Hidup hanya sekali je, masa muda tak akan kembali :)




Saja nak share makeup sendiri haritu. Guna produk SKYLA ya. Apa SKYLA tu? Boleh click disini ya


Instagram : @skyla_malaysia

Facebook : 


Comments

  1. I support u su! u r very talented. teringat zaman2 kita kudus2 ngn dr.hazandy dlu. ekekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Farewell my beautiful sister, Yusser

Assalamualaikum..
Farewell my beautiful sister, Yusser.
Hari Rabu haritu, 21-Sep-2016 ada gathering 'Farewell Dinner' untuk sahabat yang sama-sama belajar masa UPM dulu. Sebenarnya kami bukanlah satu fakulti pun, jauh sangat. Saya di Fakulti Perhutanan manakala Yusser pula di Fakulti Kejuruteraan. Macam mana kami jumpa?
UPM talents.  Ya, disinilah kami berkenalan dan seterusnya terus bersahabat. Jika tak silap, sudah hampir 4 tahun persahabatan ini terjalin. Terima kasih pada brothers and sisters yang berterusan memastikan kami terus berhubung satu sama lain.
But sadly, last 2 weeks saya dapat berita yang Yusser akan meninggalkan Malaysia setelah 10 tahun menimba ilmu di UPM. Dari degree hinggalah PHD dan hey, she's the brightest student di Fakulti Kejuruteraan hokay! Bangga!
Jadi, kami set up kan meeting untuk Yusser. Hanya kami berlima sahaja memandangkan yang lain ada komitmen masing-masing dan tak dapat hadir. Saya pun lambat sampai sebab hari tu ada photoshoot di Fareeda. …

SKYLA Angels : Photoshoot SKYLA Collagen Soap & SKYLA Beauty Dust

Assalamualaikum..
Siapa dekat sini #SkylaLovers yang dah guna dua produk magic ni?
SKYLA COLLAGEN SOAP
SKYLA BEAUTY DUST
Ha kalau belum cepat-cepat pergi page SKYLA Malaysia HQ - Founder tau. 
Ni nak cerita BTS photoshoot untuk dua produk ni. Dah lama tak photoshoot sebenarnya. Kekok dah sampai haa tak tahu nak pose macam mana. Hehe. Nasib baik abg photographer tu steady. Tak lokek ilmu.



Taaddaaaa! Lawa kan gambar ? Cukup puas hati. Memang yang seperti saya nak hasilnya. Makeup pun cun melecun! Triple happy!

Ciksu nak share gambar BTS sahaja untuk post kali ni. Post selepas ini Ciksu cerita kelebihannya ok.

Photoshoot haritu Ciksu dengan colleagues yang pernah kerja sama-sama dulu. Kecik dan comel! Tak caya? Ni ha gambar dia



Photoshoot hari berjalan dengan lancar. Model pun pose ok tak kekok dan semua yang Ciksu nak memang dapat.

BTS







Actually tak banyak pun gambar BTS. Hehe.

SKYLA Angels : @suhailimohamad & @lilahsani
MUA: @khaibaha
Studio: @whitelenstudio

Blessed.