Tuesday, July 12, 2016

Beauty Event - SKYLA x Nelyz Couture Boutique Vol. 2


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Sekali lagi SKYLA diberi peluang untuk membuat demo produk dan tips makeup menggunakan produk SKYLA. Kali ini team SKYLA menerima jemputan dari Biro Resepsi Bakat Pangkalan Udara Subang. Jumpa kakak-kakak dan adik-adik perempuan yang berkhidmat sebagai tentera udara dan isteri-isteri tentera. Teruja !


Tarikh    : 30 April 2016
Lokasi     : Rumah Bakat TUDM Subang


Outfit saya hari tu

Cantik tak baju ? Terima kasih pada Aspirasi Mawar sebab selalu keluarkan baju-baju lawa. Modest but yet trendy. Kami suka!





Alhamdulillah, kali ni pun masih bersama dengan dua #SkylaLovers yang susah senang bersama. Terima kasih Kak Zura dan Rose yang sentiasa ada. Me love you!

Oh berbalik pada event yang diserikan lagi dengan kehadiran owner butik dan tudung dan outfit expert dari mereka memeriahkan lagi event kali ini. Juga kehadiran tetamu yang sememangnya awal-awal pagi lagi sudah ada dilokasi. Kenapa? Sebab mereka tahu adanya pelbagai aktiviti menarik disana.

Apa yang ada? Demo pemakaian tudung yang pelbagai dari Butik Nelyz Couture dan juga demo makeup by SKYLA! Yayy!

Demo makeup diketuai oleh saya dan volunteer adalah dari kalangan tetamu. Mudah berkerjasama semuanya. #Touched Dan banyak juga soalan cepu emas dari mereka, maklumlah masing-masing nak cantik lawa untuk para suami dan kepuasan diri sendiri. 







Alhamdulillah. Feedback yang diberikan oleh tetamu yang datang adalah sangat baik. Syukur. Rata-rata akan pulang bersama produk SKYLA. Siap ada yang siap minta kita makeup kan terus. hehehe. 

Terima kasih pada yang terlibat dan membantu dalam menjayakan event pada kali ini. Saya mewakili team SKYLA mengucapkan jutaan terima kasih. InshaaAllah kita akan berjumpa dilain kali.

p/s: Cantik tak both of them ni? Makeup by Me :) hewhew 





Till next post. Love :')